Friday, 27 February 2015

Kerana cemburu, wanita koma dilanggar bekas suami

ALOR SETAR: Akibat rasa cemburu dan tidak puas hati, seorang lelaki sanggup melanggar bekas isterinya yang sedang menunggang motosikal untuk ke tempat kerja.

Tidak cukup dengan itu dia cuba menculik mangsa dengan menariknya masuk ke dalam kereta suspek sebelum mangsa bertindak melompat keluar dari kereta.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 pagi Khamis, mangsa Rorniza fadzil, 29, sedang menunggang motosikal di Jalan Bukit Pinang, Alor Setar sebelum sebuah kereta secara tiba-tiba meluru dari arah belakang lalu melanggarnya.

Menurut saksi, berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa sebelum mangsa dilanggar sebuah kenderaan lain.

"Dia jatuh di sini dan tidak bergerak, terlentang macam itu dan selepas itu tidak bangkit.

"Dia ini tidak bergerak, dan nampak kereta laju meninggalkan lokasi itu," kata saksi

Keadaan mangsa yang kini dilaporkan kritikal dan koma di rawat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Sementara itu, ibu mangsa, Roshilah Abu Bakar, 57, memberitahu sejak anaknya itu bercerai dengan suspek tujuh bulan lepas, suspek seringkali datang ke rumah mangsa di Kampung Lengkuas, Bukit Pinang untuk mengugut mangsa.

"Ada ugutan bunuh, memang dia cakap banyak kali perkataan macam itu. Kalau dia tidak dapat siapa pun tidak boleh dapat dia bunuh dia akan bunuh dia kata," katanya.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan, phaknya kini sedang memburu suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Kesiksaan dan memperuntukan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment