Tuesday, 24 February 2015

Polis henti siasat kes perkosa gadis Sultan Solo

GAMBAR fail menunjukkan Sultan Pakubuwono XIII di dalam kereta kuda.

Solo: Polis menghentikan siasatan terhadap tuduhan merogol seorang gadis ke atas Sultan Solo Pakubuwono XIII atas alasan kekurangan bukti.

Polis di Sukoharjo, Jawa Tengah berkata, mereka tidak mempunyai alasan untuk menyoal siasat sultan itu yang dituduh merogol gadis berusia 16 tahun hingga mangsa melahirkan anak.

Beberapa saksi disoalsiasat tetapi tidak ada yang memberikan bukti mencukupi mengenai pembabitan Pakubuwono, kecuali mangsa.

“Tanpa bukti tambahan, dakwaan itu terlalu lemah. Kami memerlukan sekurang-kurangnya satu saksi tambahan untuk mengesahkan tuduhan mangsa sebelum kami boleh menyoal siasat sultan itu,” kata Ketua Polis Sukoharjo Andi Rifai.


Menurutnya, polis juga melakukan siasatan untuk mencari bukti di kamar sebuah hotel, tempat pemerkosaan itu dikatakan berlaku.

Penyiasat tidak berjaya mendapatkan rakaman CCTV yang diperlukan kerana kelengkapan keselamatan hotel itu memadamkan rakaman video setiap dua bulan secara automatik.

Mangsa mendakwa dirogol Mac tahun lalu tetapi hanya melaporkannya pada Julai.

Pelajar itu berkata, seorang wanita dengan nama singkatan WT menawarkan dia kerja dengan Pakubuwono tetapi sebaliknya menjualnya kepada sultan itu dengan harga Rp2 juta (RM540).

- Sumber: Harian Metro | 24 Februari 2015

No comments:

Post a Comment