“Saya mengubah suai menggunakan konsep Spider-man bagi memenuhi minat anak yang berumur empat tahun,” kata Md Ambali Hussin, 32, pemilik Perodua Myvi yang menghiasi ruangan Modifikasi minggu ini.
Menurutnya, adiwira itu menjadi pilihan anaknya, Muhammad Aeyman Isqandar dan menjadi ilham untuk melakukan modifikasi menggunakan konsep berkenaan bermula tahun lalu.
Katanya, Perodua Myvi keluaran 2008 diubah suai mengikut modifikasi kategori standard jika menyertai pertandingan autoshow tempatan, yang mana pengubahsuaian tidak terlalu ekstrem.
“Bahagian luaran jentera ini tidak banyak perubahan, kecuali mengenakan sedikit aksesori tambahan seperti menggunakan spoiler Sumico 2 serta dipadankan perumah lampu belakang daripada Daihatsu Passo.
“Lebih 80 peratus bahagian luaran ditampal dengan pelekat kecuali bonet depan dilukis watak Spiderman menggunakan cat semburan.
“Bagi memberi sedikit pencahayaan ke dalam ruangan dalaman, saya memasang bumbung matahari daripada Honda dan memberi sedikit gaya sport selepas menggunakan rim Vossen V3 bersaiz 17 inci yang direndahkan dengan suspensi jenama GAB,” katanya.
Pemilik kedai aksesori itu berkata, ruangan dalaman diberi nafas baru, terutama bahagian papan pemuka, konsul tengah dan panel pintu dengan direka semula dengan menggunakan kaca gentian yang ditempah khas.
Menurutnya, tempat duduk yang dibalut dengan material PVC turut mengikut konsep Spiderman, selain ruang kabin diserikan warna biru dan merah mengikut tema adiwira berkenaan.
“Sistem audio ditingkatkan dengan ruang bonet dipenuhi lapan pembesar suara, selain diceriakan lapan skrin LCD bersaiz 4.3 inci.
“Bagaimanapun, enjin jentera ini masih menggunakan yang asal bersesaran 1.3 liter, tetapi ruang berkenaan diberi sentuhan warna biru dan merah untuk kelihatan menarik jika menyertai pertandingan autoshow,” katanya.
Md Ambali berkata, sejak jentera disiap lebih setahun lalu, hampir 30 autoshow disertai dan setiap kali menyertainya akan membawa pulang piala kemenangan.
SPESIFIKASI:
KOS: RM15,000
UBAH SUAI LUARAN:
- Lampu belakang Daihatsu Passso
- Spoiler Sumico 2
- Bumbung matahari daripada Honda
- Pelekat konsep Spider-man
- Semburan angin pada bonet depan
- Rim Vossen 17 inci
- Suspensi GAB
- Ekzos Werewolf
UBAH SUAI DALAMAM:
- Papan pemuka diubah semula dengan menggunakan gentian kaca
- Tempat duduk dibalut semula dengan PVC berkonsep Spider-man
- Lapan pembesar suara pelbagai saiz
- Lapan skrin LCD bersaiz 4.3 inci
- Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment