Wednesday, 18 February 2015

Pelajar 14 tahun ditahan cuba sertai IS - Ketua Polis Negara


Menurut Khalid, pihaknya percaya ada pihak yang menunggu suspek di Mesir. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Pasukan polis berjaya menahan seorang gadis berusia 14 tahun yang disyaki cuba menyertai kumpulan militan IS di Syria.

Gadis itu yang juga seorang pelajar itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada petang Selasa ketika dia cuba meninggalkan negara ini untuk ke Syria melalui Mesir.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, pihaknya percaya ada pihak yang menunggu suspek di Mesir.

"Kita percaya gadis ini ada rakan di Mesir yang akan berjumpa dengannya dan bersama-sama ke Syria.

"Gadis ini terpengaruh dengan dakyah dan ideologi militan dan dia membuat keputusan untuk pergi berjihad di Syria," katanya.

Khalid ketika ditemui selepas Majlis "Kempen Balik Kampung" sempena Tahun Baru Cina di Plaza Tol Jalan Duta. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment