SEBUAH lukisan abad ke 19 telah dijual pada harga RM813 juta dalam satu lelongan baru-baru ini dan dipercayai lukisan paling mahal di dunia.
Lukisan yang diberi nama Nafee Faa ipoipo (bilakah anda akan berkahwin?) adalah sebuah lukisan tahun 1892 yang memaparkan dua orang wanita Tahiti.
Lukisan ini dilukis Paul Gauguin dan beliau menghabiskan masa menyiapkan lukisan di sebuah pulau pada abad ke 19.
Bekas pemilik lukisan tersebut, Rudolf Staechelin mengesahkan penjualan tersebut.
Apabila ditanya mengapa baru menjual lukisan itu, dia menjawab "ia adalah kerana kami mendapat tawaran yang lumayan," katanya dipetik Metro.co.uk.
Bagaimanapun, Rudolf enggan mendedahkan identiti pembeli tersebut tetapi dipercayai di jual kepada seorang jutawan minyak dari Qatar.
Sebelum ini, sebuah lukisan pernah dijual pada harga RM702 juta.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment