Monday, 2 February 2015

Cucian percuma sehingga Rabu

Mohd Noor (tengah) bersama Nordin (tiga, kanan) dan rakan kongsi serta tetamu yang hadir di kedai dobi Putra Clean Express di Putrajaya.

BERKONSEPKAN ‘jimat, mudah dan berkat’, dobi Putra Clean Express atau dikenali sebagai kedai dobi layan diri menggunakan duit syiling ini menawarkan cucian percuma kepada orang ramai terutamanya di sekitar Putrajaya bermula 29 Januari lalu sehingga 4 Februari ini.

Pengarah Urusan merangkap Pengurus Pemasarannya, Mohd Noor Saari berkata, ia juga merupakan kedai dobi pertama di Putrajaya beroperasi 24 jam yang terletak di Bazar 8, Presint 8, menggunakan konsep layan diri dengan duit syiling.

Katanya, promosi percuma tersebut dilaksanakan untuk memberikan pengalaman baharu kepada penduduk Putrajaya.

“Konsep dobi ini berbeza dengan dobi yang sedia ada. Ini adalah kerana kedai dobi biasa, pelanggan hanya menghantar baju kotor dan mengambilnya selepas pakaian siap dicuci dalam tempoh satu hingga tujuh hari.

“Dobi Putra Clean Express, bermula dari cucian, mengering, melipat sehingga menggosok pakaian, ia perlu dilakukan pelanggan itu sendiri. Istimewanya dobi ini ialah, setiap lima peratus daripada pembayaran pelanggan akan diberikan kepada anak yatim Pertubuhan Baitul Barokah Wal Mahabah yang terletak di Sepang,” katanya pada majlis perasmian pembukaan kedai dobi itu, di Putrajaya.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Naib Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Datuk Nordin Hasan.

Mohd Noor berkata, Putra Clean Express dijangka berkembang kerana syarikat merancang untuk membuka 10 cawangan baharu menjelang akhir tahun ini.

“Antara kawasan yang dipilih ialah Presint 15 dan 11, Putrajaya, Cyberjaya, Pinggiran Putrajaya dan Dengkil.

“Kami mempelawa usahawan yang berminat untuk berniaga kedai dobi layan diri bersama-sama kami kerana modal diperlukan ialah RM180,000 sahaja. Kami akan memberikan tunjuk ajar mengenai perniagaan ini,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment