Friday, 30 January 2015

Setengah jam bergelut dengan raja ular

Ular tedung selar ini berjaya ditangkap selepas setengah jam.

TELUK KUMBAR - Hampir setengah jam kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Daerah Barat Daya terpaksa bergelut dengan raja ular yang ditemui tersangkut di pukat seorang nelayan di Sungau Batu, dekat sini.

Ketua Daerahnya, Zunaidin Abdullah berkata, ular dikenali dengan nama King Cobra itu terpaksa ditangkap lebih daripada tiga kakitangan.

Menurutnya, itu kali pertama JPA Daerah Barat Daya menjumpai ular yang turut dikenali sebagai tedung selar sepanjang empat meter.

“Sebelum ini kami hanya temui ular sepanjang satu hingga ke dua meter sahaja, tetapi kali ini mungkin boleh dianggap terpanjang.

“Lama juga kami hendak menjinakkan ular tersebut kerana ia agak agresif,” katanya kepada Sinar Harian.

Zunaidin berkata, biasanya ular sebegini selalu ditemui di kawasan lain seperti Relau dan Balik Pulau.

"Sehingga kini, ular tedung selar berkenaan disimpan oleh JPA dan akan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Taman Negara dalam masa terdekat," katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment