Shaimaa al-Sabbagh diberikan bantuan selepas ditembak.
CAIRO - MESIR. Seorang wanita yang dalam perjalanan untuk meletakkan bunga dalam satu perhimpunan, maut ditembak polis, semalam.
Shaimaa al-Sabbagh, salah seorang peserta Socialist Popular Alliance Party parah selepas terkena peluru penabur dari jarak dekat.
Shaimaa disahkan mati dalam perjalanan ke hospital.
Menurut Times, kumpulan berkenaan hanya berniat berkumpul dan meletakkan bunga di lokasi bersejarah dalam ulang tahun ke-empat Revolusi Egypt.
Beberapa orang awam lain juga dilaporkan cedera.
Wakil rasmi kerajaan menafikan bahawa tembakan tersebut dilepaskan polis, namun ia hanya membangkitkan lagi kemarahan orang ramai.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment