SATU ketika dahulu, pasangan selebriti ini pernah merancang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka dalam suasana yang meriah dengan kehadiran jemputan.
Namun, atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, hasrat itu terkubur begitu sahaja. Namun, bagaikan orang mengantuk di sorong bantal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, akhirnya berpeluang merasai detik-detik indah itu pada 31 Januari ini.
Menganggap ianya sebagai rezeki dari Allah SWT, Aeril memberitahu bahawa dia tidak pernah menyangka akan mendapat tawaran seindah ini.
"Alhamdulillah, kami sangat bersyukur kerana dilantik sebagai duta sempena Malaysian International Wedding Festival (MINWEF), dan berpeluang menggayakan persalinan pengantin.
"Memang betul kami akan bersanding buat pertama kalinya pada festival berkenaan, namun saya sifatkan ianya lebih menjurus kepada tuntutan kerja dan tiada saudara mara yang akan hadir.
"Ianya bertujuan untuk mempromosikan persalinan pengantin dan kami seronok kerana dapat sama-sama menjayakan festival ini," katanya lagi.
Festival ini akan bermula 28 Januari hingga 1 Februari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSK). Difahamkan, majlis yang akan berlangsung mengikut adat itu lengkap dengan kompang.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment