Tuesday, 16 December 2014

Qysstina 'pergi' akhirnya

  • Keadaan kali terakhir Qysstina ketika kunjungan Sinar Harian sehari sebelum dia meninggal dunia di rumahnya dekat Taman Permai, baru-baru ini.
  • Keadaan kali terakhir Qysstina sebelum dia meninggal dunia di rumahnya dekat Taman Permai, baru-baru ini.

SUNGAI PETANI – Seakan sudah tahu ajalnya tiba, kedua-dua belah tangan diangkat dan menggenggam erat tangan ibunya.

Itu antara reaksi terakhir sebelum adik Qysstina Syafieka Erman Shah, 7, penghidap leukemia menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.05 petang kelmarin (Sabtu) di rumahnya dekat Taman Permai, Kuala Ketil.

Menurut ibunya, Norhashimah Abu Hasan, kami sekeluarga reda dengan pemergiannya menghadap Ilahi, mungkin inilah yang terbaik atas penderitaan yang dihidapi,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, antara perubahan ketara yang dialami sebelum ini menyebabkan keluarga bersedia berhadapan apa juga kemungkinan.

“Ketulan darah yang keluar dari dalam badan Qysstina juga membimbangkan kami sebelum ini, kerana ia petanda serpihan organ dalamannya seperti paru-paru mulai rosak dan hilang fungsi.

“Qysstina juga kurang selera makan, tidak mengadu sakit, tidak minta diurut atau meminta buah itu dan ini seperti sebelumnya. Dia lebih banyak rehat dan mendiamkan diri sejak dua hari sebelumnya.," katanya.

Norhashimah berkata, sebagai ibu, dia lega dan bersyukur kerana dapat menunaikan segala kemahuannya termasuk menyediakan makanan kesukaan putu mayam, buah manggis dan dokong,” katanya.

Dia turut mengakui, rezeki Qysstina mencurah-curah, termasuk bantuan katil khas yang ditempah Sinar Harian yang belum sempat digunakan.

“Alhamdulillah atas kurniaan yang telah diberikan membantu mengurangkan beban kami dalam usaha mengubati Qysstina.

“Namun saya percaya ada orang lain yang lebih berhak menggunakan katil berkenaan,” katanya.

Norhashimah bagi pihak keluarganya turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu sehingga selesai urusan pengebumian.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Ketil lepas Isyak, malam kelmarin.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment