Tuesday, 16 December 2014

Papa John’s sedia kad keahlian Papa@Home

Eric (kiri) bersama pelakon, Intan Ladyana ketika majlis pelancaran menu baharu piza, baru-baru ini.

RANGKAIAN jenama Pizza Amerika, Papa John’s terus menghargai pelanggan dengan melancarkan kad keahlian istimewa Papa@Home serentak pengenalan dua piza baharu bagi menu hariannya.

Selain bagi menghargai pelanggan, ia antara kaedah Papa John’s menggalakkan penggemar piza tempatan untuk menikmati juadah enak ditawarkan restorannya.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Francais Makanan Berjaya Papa John’s Pizza Sdn Bhd, Eric Leong berkata, ia bukti komitmen Papa John’s dan Berjaya Pizza Company Sdn Bhd terhadap pengguna serta usaha mengadakan inovasi produk antarabangsa untuk pelanggan tempatan dan dalam
masa sama menawarkan berbagai tawaran nilai tinggi kepada pelanggan.

“Pelancaran terbaik kami berupa pengenalan kad keahlian Papa@Home.

"Selain pelbagai promosi dan pek kombo yang ditawarkan, pemegang kad ini akan dapat menikmati lebih ganjaran seperti promosi 'beli satu percuma satu' dan bermacam-macam lagi tawaran harian," katanya.

Menurutnya, dua jenis piza baharu diperkenalkan sempena majlis pelancaran itu, iaitu Sweet Chili Pizza yang dipenuhi nanas, bawang, lada merah dan dilapisi tepung roti ayam daging putih dengan sos cili manis.

Seterusnya, Pizza Pepperoni Ayam dan Pizza Bebola Ayam, yang menggabungkan pelbagai jenis keju, ketulan daging ayam, peperoni ayam, sos salsa, perencah ala Itali dan keju mozzarella.

Kedua-dua jenis piza adalah usaha sama antara syarikat induk jenama tersebut, Papa John’s International Inc, dan francaisi Malaysia, Berjaya Pizza Company Sdn Bhd.

Dari segi perkembangan perniagaan, Eric berkata, Berjaya Pizza Company dijangka membuka 10 cawangan baharu setiap tahun.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment