Tuesday, 16 December 2014

Dalang di sebalik krisis tebusan Sydney dirasuk pemikiran melampau - Abbott

Abbott (gambar) berharap insiden di Martin Place itu menjadi pengajaran buat semua pihak. - Gambar Fail

SYDNEY: Lelaki bersenjata warga Iran yang menjadi dalang krisis tebusan selama 16 jam di sebuah kafe di Sydney pada Isnin telah dirasuk oleh semangat dan pemikiran melampau selain mempunyai masalah mental kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott sambil menyifatkan insiden terbabit sebagai “satu wajah keganasan.”

Dalam insiden itu lelaki terbabit dan dua tebusan terbunuh dalam serbuan polis awal pagi tadi.

“Dia mempunyai sejarah berkaitan jenayah keganasan, dipengaruhi dengan pemikiran melampau dan mental yang tidak stabil. Tindakannya juga berselindung disebalik simbol pergerakan ISIL,” kata Abbott.

Lelaki berusia 50 tahun terbabit yang dikenali sebagai Man Haron Monis, menahan 17 tebusan di sebuah kafe di Sydney sejak Isnin.

Abbott berkata, lelaki itu sememangya dikenali oleh pihak berkuasa Australia.

“Kami tahu dia sering menghantar surat berbau menyinggung kepada keluarga anggota tentera yang terbunuh di Afganistan dan telah didapati bersalah berkaitannya, “ kata Abbott.

“Kami juga tahu dia menyebarkan bahan-bahan berkaitan ekstrimisme di talian. Tragiknya, ada di kalangan anggota masyarakat kita yang rela terbabit dengan aktiviti keganasan bermotifkan politik.

Abbott turut memuji pihak polis atas tindakan mereka mengakhiri krisis tebusan terbabit selain berharap insiden di Martin Place itu menjadi pengajaran buat semua pihak. 

- Sumber: AFP 

No comments:

Post a Comment