Sunday, 30 November 2014

Warga emas mati selepas bertengkar

SEREMBAN - Seorang lelaki warga emas mati setelah dipercayai terlibat dalam pertengkaran keluarga di sebuah rumah di Taman Seri Pagi, Senawang dekat sini, lewat hari ini.

Difahamkan, mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an, dipercayai cuba meleraikan pergaduhan antara suspek berusia 21 tahun dan ibunya di dalam rumah mereka pada kira-kira pukul 6 petang.

Mangsa dipercayai turut terbabit dalam pergelutan dengan suspek.

Mangsa yang menetap di rumah sama kemudian terjatuh sebelum disahkan mati.

Suspek kemudian melarikan diri menaiki motosikal selepas kejadian itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi berkata siasatan sedang dijalankan. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment