Sunday, 30 November 2014

AFF Suzuki 2014: Malaysia kalahkan Singapura

Piala AFF Suzuki 2014


MALAYSIA menempah slot separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 selepas mengalahkan Singapura 3-1 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub, di sini, malam ini.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa perlawanan.

Penjaring:

MALAYSIA: Mohd Safee Mohd Sali (minit ke-61), Safiq Rahim (penalti-minit ke-91), Indra Putra Mahayuddin (minit ke-94)

SINGAPURA: Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal (minit ke-83)


Barisan Pemain:

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Muslim Ahmad, Mahalli Jasuli, Muhammad Shukor Adan (kapten), Safiq Rahim, Azamuddin Mohd Akil, Mohd Amri Yahyah, Gary Steven Robbat (Mohd Hafiz Kamal), Norshahrul Idlan Talaha (Abdul Manaf Mamat), Mohd Safee Mohd Sali (Indra Putra Mahayuddin).

SINGAPURA: Hassan Abdullah Sunny, Muhammad Shakir Hamzah, Muhammad Safuwan Baharudin, Ismadi Muhamad Mukhtar, Hariss Harun, Mohamad Shaiful Esah Nain (Muhammad Hafiz Abu Sujad), Muhammad Shahfiq Ghani (Muhammad Amirul Adli Azmi), Muhammad Faris Ramli, Mohammad Shahril Ishak (kapten), Fazrul Nawaz Shahul Hameed (Gabriel Quak Jun Yi), Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal.

Pengadil: Al Kaf Ahmed Abu Bakar Said (Oman) 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment