Monday, 10 November 2014

Wanita nekad bunuh diri kerana filem terbaharu Shah Rukh Khan

Seorang wanita di India meninggal dunia selepas nekad meminum cuka kerana kecewa suaminya tidak mahu menonton filem terbaharu lakonan Shah Rukh Khan bersamanya.

Wanita yang dikenali dengan nama Neha menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital akibat kerosakan organ dalaman yang teruk.

Dipetik menerusi One India News, doktor menjelaskan kegagalan dan kerosakan organ dalaman Neha berpunca daripada pengambilan cuka berlebihan.

Lebih mengejutkan, wanita malang berusia 21 tahun itu sempat membuat sebuah rakaman video yang menuduh suaminya, Vishal sebagai orang yang bertanggunjawab ke atas kematiannya.

Vishal dikatakan menolak pelawaan isterinya menonton filem berjudul "Happy New Year" di hari pertama tayangan kerana memberi alasan terlalu ramai orang di pawagam.

Neha yang begitu kecewa pelawaannya ditolak akhirnya mengambil keputusan membunuh diri.

Setakat ini belum ada lagi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Shah Rukh Khan mengenai berita ini.

Sehingga berita ditulis, polis belum menahan Vishal untuk membantu siasatan.

Filem terbaharu Shah Rukh Khan berjudul Happy New Year 


- Sumber: Agensi

No comments:

Post a Comment