WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Pasukan penyelidik semakin yakin akan menemui pesawat juruterbang wanita pertama dunia, Amelia Earhart, yang hilang sejak 77 tahun lalu selepas menemui serpihan aluminium di pantai pasifik Selatan.
Kumpulan Antarabangsa Penemuan Pesawat bersejarah (TIGHAR) berkata, serpihan yang ditemui di pulau karang Nikumaroro di Kiribati itu sekali gus meningkatkan kemungkinan bahawa ia adalah pesawat Lockheed Electra.
Earhart adalah wanita pertama melakukan penerbangan solo merentasi Atlantik bersama juru pandu Fred Noonan sebelum terputus hubungan pada 3 Julai 1937, dipetik dari laporan AFP.
- AFP
No comments:
Post a Comment