Pusat bandar Kajang dilanda banjir kilat
KUALA LUMPUR: Hujan lebat yang melanda pusat bandar Kajang dekat sini dan beberapa kawasan di sekitar daerah itu petang tadi (12/11/2014) menyebabkan berlaku banjir kilat.
Hujan hampir tiga jam itu bermula kira-kira 2 petang, mengakibatkan paras air di Sungai Jelok melimpah dan longkang tersumbat.
"Antara kawasan yang dilanda banjir kilat pusat bandar Kajang, Taman Jasmin dan Saujana Impian," kata Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohamad Sani Harul ketika dihubungi.
Air dikatakan naik sehingga ke paras pinggang namun banjir kilat ini kembali surut kira-kira 6.30 petang tadi, kata beliau.
Banjir itu menyebabkan beberapa buah kedai mengalami kerosakan dan beberapa kenderaan terperangkap.
Mohamad Sani berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian banjir itu oleh orang awam kira-kira 2.47 petang.
Katanya, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dan Bangi bergegas ke lokasi kejadian.
"Kami turut dibantu oleh anggota polis dan skuad penyelamat Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) untuk menjalankan operasi menyelamat mangsa yang terperangkap dalam banjir itu," katanya.
Mohamad Sani berkata setakat ini tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.
Sementara itu reaksi orang ramai di Twitter pula, rata-rata merungut kerana bajir kilat dikatakan kerap berlaku di bandar tersebut sejak akhir-akhir ini.
Mereka mahu tindakan segera diambil oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menangani masalah ini.
Kajang asyik banjir je. Hanyutkanlah sekali kebosanan gua ni— titaapojie (@tikaafauzee) November 12, 2014
Asyik banjir je nk jadi apa do kajang— Nazrul Hafiz (@NazrulJaffar) November 12, 2014
Kajang banjir lagi— MNF (@MohdNorFirdaus) November 12, 2014
Kajang banjir lagi.. Bila nak selesai ni? ADUN Kajang ada kat mana? Ada siapa-siapa boleh jawap tak? http://t.co/IfOnU0YVXP— Ms.BELA (@Bela13_) November 12, 2014
Come on Wan Azizah, think something and do something for Kajang. #Banjir— MNF (@MohdNorFirdaus) November 12, 2014
Bagaimanapun, Dr Wan Azizah dilaporkan telah membuat tinjauan ke kawasan banjir tersebut kira-kira jam 5.00 petang tadi.
Meninjau banjir kilat di Bandar Kajang sebentar tadi..tindakan pantas MPKj, JPS dan polis mengawal keadaan amat dihargai..— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) November 12, 2014
Beliau turut memberi penghargaan kepada pihak polis serta Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan juga Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) atas tindakan pantas mereka.
- Sumber: sonl
No comments:
Post a Comment