Tuesday, 11 November 2014

MH17: Najib minta Putin bantu dapat akses lokasi


BEIJING – CHINA. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk membantu memberi akses sepenuhnya ke kawasan nahas pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Penerbangan MH17 bagi memudahkan pasukan penyiasat melakukan siasatan penuh berhubung insiden itu.

Najib berkata, banyak lagi yang perlu dilakukan sebelum kes itu dapat dimuktamadkan dan berharap kedua-dua pihak, Rusia dan Ukraine, memahaminya.

"Sekarang kita berada pada tahap masih banyak persoalan berbanding jawapan yang diperoleh untuk dimaklumkan kepada waris penumpang yang terlibat.

"Kami berharap kami boleh bergantung kepada anda untuk membantu kami menyimpulkan apa sebenarnya yang berlaku terhadap MH17," katanya kepada Putin semasa mesyuarat dua hala di sini semalam.

Sementara itu, Putin berkata Rusia akan membantu menyelesaikan masalah itu bersama-sama Malaysia dan bersetuju isu akses ke tapak nahas adalah paling utama.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment