“APA salahnya saya bergelar rapper walaupun sudah berstatus seorang ibu? Adakah tempat seorang wanita berkeluarga hanya duduk di rumah?,” tegas Hunny Madu apabila kredibilitinya sebagai rapper dipertikai.
Menyedari tidak ramai pembabitan rapper wanita, pengacara dan penyampai radio ini mengakui tidak terkejut dengan pandangan negatif yang dilemparkan terhadap dirinya.
“Saya tahu memang akan ada yang bercakap. Lagi pun saya tahu bagaimana penerimaan masyarakat terhadap bidang rapper lebih-lebih lagi apabila saya seorang wanita dan juga ibu," ujarnya.
Dek pengalaman itu, Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 30, meluahkan perasaannya itu menerusi lagu kolaborasinya dengan Kayda, Go Hard Or Gostan.
“Dalam lirik itu, saya sengaja menggunakan perkataan ‘mak orang’ sebab ia juga boleh beri inspirasi pada ibu-ibu di luar sana untuk capai impian mereka.
“Memang saya seorang ibu dan bukan saya tidak sedar diri bila berada atas pentas tapi ini adalah pekerjaan saya dan ia berlaku dalam seni,” jelasnya.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment