Monday, 13 October 2014

Jenazah Shaliza dibawa ke Australia

MH17

KUALA LUMPUR - Jenazah Shaliza Zaini Dewa, rakyat Malaysia yang maut dalam nahas pesawat MH17 pada 17 Julai lalu akan diterbangkan ke Australia pada Selasa, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diminta oleh keluarga beliau.

"Mayatnya dijangka dibawa ke Australia pada 14 Oktober," katanya yang juga Presiden MCA kepada pemberita selepas tamat perhimpunan agung MCA ke-61 di sini hari ini.

Shaliza, 45, adalah antara 44 orang orang rakat Malaysia yang maut dalam nahas itu yang pesawatnya terhempas di timur Ukraine akibat ditembak.

Pesawat Malaysia Airlines itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur.

Shaliza terkorban bersama suaminya Hans van den Hende dan anak-anak mereka Australians Piers, 15, Marnix, 12, dan Margaux van den Hende, 8.

Mereka pulang dari Amsterdam untuk menyambut Aidilfitri di Kajang, Selangor sebelum kembali ke Melbourne.

Liow berkata jenazah terakhir rakyat Malaysia iaitu Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma, nenek tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein belum ditemui. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment