Saturday, 18 October 2014

Bulan madu beramai-ramai

Izzue Islam bersama isteri mengusahakan perniagaan biskut raya.

DI awal perkahwinan lalu, pelakon kacak ini pernah berhasrat ke negara matahari terbit bersama isteri tersayang untuk berbulan madu.

Namun, atas faktor kesibukan dan kekangan masa, hasrat itu tidak tertunai sehinggalah dilamar agensi pelancongan, Safirgotravel.com untuk bersama peminat ke Korea.

"Insya-ALLAH, percutian selama tujuh hari lima malam ini diadakan pada 9 hingga 15 Disember depan. Sambutan daripada peminat juga amat memberangsangkan dan pihak agensi menetapkan 40 peserta sahaja pada kali ini.

"Inilah masanya untuk saya beramah mesra bersama peminat yang selama ini banyak menyokong kerjaya seni saya. Dalam percutian itu, kita akan membuat aktiviti bersama dan melawat beberapa tempat menarik," katanya turut membawa isteri, Awin Nurin.

Sebelum ini, Izzue pernah terbang bersama peminatnya ke Macau dan Hong Kong kira-kira dua tahun lalu.

Beralih ke perkembangan seni pula, pemilik nama Muhammad Izzul Islam Mazlan, 24, berkata kebanyakan produk lakonannya masih belum menemui penonton.

Menurut Izzue, pada tahun ini, rezekinya lebih kepada telefilem dari beberapa stesen televisyen termasuk TV3 dan Al-Hijrah.

"Alhamdulillah, saya masih diberi peluang dalam industri dan tidak lama lagi, saya akan muncul dalam telefilem seperti, Tingkat Atas Tingkat Bawah, Kerana Seorang Ammar dan beberapa drama lain.

"Saya bakal menjalani penggambaran di Kelantan untuk Primadona dan telefilem Sabah. Mungkin jarang nampak saya di televisyen, namun saya masih sibuk dengan jadual kerja. Selain komitmen lakonan, saya turut terlibat dalam aktiviti bersama Auramen dan Super Coffee," katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment