Aidil Zafuan
PEMAIN bola sepak Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 27, tidak bersetuju dengan nilai tuntutan mutaah RM300,000 yang dipohon oleh bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar, 38.
Aidil Zafuan menerusi peguamnya, Rushdan Sujak Rafie memfailkan pembelaannya di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Atrasina Mohd Zahrullail semalam.
Rushdan berkata, di dalam pembelaan, anak guamnya memberi alasan nilai mutaah yang dipohon oleh Rita Rudaini adalah melampaui jumlah sepatutnya.
"Anak guam saya tidak bersetuju dengan nilai yang dituntut oleh bekas isterinya," katanya kepada wartawan di luar mahkamah," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN:
Menurutnya, kegagalan Aidil Zafuan hadir ke mahkamah pada tarikh yang lalu adalah kesuntukan masa selain perlu menyertai perlawanan bola sepak.
"Saman diterima oleh Aidil Zafuan adalah singkat sebelum kes ini disebut dan dia juga tidak sempat untuk membuat lantikan peguam.
"Pada kali ini dia juga tidak hadir atas alasan menyertai pasukan kebangsaan untuk perlawanan persahabatan di China sebelum menyertai Sukan Asia, Incheon, Korea esok," katanya.
Mahkamah menetapkan 9 Oktober depan sebagai sebutan semula kes tersebut.
Sebelum ini, Rita Rudaini yang juga seorang pelakon terkenal memfailkan tuntutan tersebut pada 7 Julai lalu.
Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 2008 dan disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban pada 6 September 2013.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.
-- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment