Psiko Pencuri Hati
Filem gerakan bawah Psiko Pencuri Hati mencuri tumpuan pengkritik filem tempatan apabila menerima tujuh pencalonan di Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014.
Filem arahan Nam Ron itu dicalonkan dalam kategori utama Filem Terbaik bersama filem The Journey, Kolumpo, Cuak dan CEO.
Bersaing rapat adalah filem Kolumpo yang juga menerima tujuh pencalonan. Filem itu dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
Nam Ron turut dicalonkan dalam kategori Pengarah Terbaik bersaing dengan Chiu Keng Cuan (The Journey), Khairil M. Bahar, Lim Benji, Manesh Nesaratnam, Tony Pietra, Shamaine Othman (Cuak), Bront Palarae, Rozi Izma, Sheikh Munasar (Kolumpo) dan Razaisyam Rasyid (CEO).
Sementara itu, pelakon utama filem Psiko Pencuri Hati iaitu Bront Palarae, Sharifah Amani masing-masing dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik.
Turut dicalonkan ialah Amerul Affendi dan Syed Hussein dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Filem The Journey menerima 6 pencalonan, Cuak dan CEO masing-masing meraih 5 pencalonan.
Filem lain yang turut menerima pencalonan adalah Take Me To Dinner, Claypot Curry Killers, Penanggal, Papadom 2, KL Gangster 2 dan Kami Histeria.
Berikut merupakan senarai calon bagi tahun 2014:
Pengarah Terbaik
- Nam Ron untuk Psiko Pencuri Hati
- Chiu Keng Guan untuk The Journey
- Khairil M. Bahar, Lim Benji, Manesh Nesaratnam, Tony Pietra, Shamaine Othman untuk Cuak
- Bront Palarae, Rozi Izma, Sheikh Munasar untuk Kolumpo
- Razaisyam Rasyid untuk CEO
Pelakon Lelaki Terbaik
- Patrick Teoh untuk Take Me To Dinner
- Bront Palarae untuk Psiko Pencuri Hati
- Sai Peng Lee untuk The Journey
- Ghafir Akbar untuk Cuak
- Beto Kusyairy untuk CEO
Pelakon Wanita Terbaik
- Ruminah Sidek untuk Kolumpo
- Nell Ng untuk Kolumpo
- Sharifah Amani untuk Psiko Pencuri Hati
- Dawn Cheong untuk Cuak
- Pearly Chua untuk Claypot Curry Killers
Sinematografi Terbaik
- Raja Mukhriz untuk Penanggal
- Charin Pengpanich untuk Kolumpo
- Eric Yeong untuk The Journey
- Fendi Ang, Khairil M. Bahar, Wan Chun Hung, Samuel Lam untuk Cuak
- Mohd Helmi Yusof untuk Claypot Curry Killers
Lakon Layar Terbaik
- Afdlin Shauki, Haris M. Nor, Nurul Akmar Salajudin untuk Papadom 2
- Bront Palarae, Rozi Izma, Sheikh Munasar untuk Kolumpo
- Namron, Fared Ayam, Amin Shakib untuk Psiko Pencuri Hati
- Ryon Lee untuk The Journey
- Khairil M. Bahar, Priya Kulasagaran, Manesh Nesaratnam, Shamaine Othman, Tony Pietra, Magdelen Spooner untuk Cuak
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
- Syed Hussein untuk Psiko Pencuri Hati
- Amerul Affendi untuk Psiko Pencuri Hati
- Rosyam Nor untuk KL Gangster 2
- Ben Pfeiffer untuk The Journey
- Anas Ridzuan untuk CEO
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
- Vanida Imran untuk Papadom 2
- Sharifah Amani untuk Kolumpo
- Deanna Yusuf untuk CEO
- Nur Fazura untuk Kami Histeria
- Mandy Chen untuk Claypot Curry Killers
Filem Terbaik
- Psiko Pencuri Hati (Khairul Anuar Latip, Ken S. Yap, Shamsul Cairel sebagai penerbit)
- The Journey (Heng Yee Jin, Choo Chi Han, K.C. Cheong, K.C. Chuan, Mohamad Kabir Arif Sultan sebagai penerbit)
- Kolumpo (Sheikh Munasar, James Wong, Bront Palarae, Rozi Izma sebagai penerbit)
- Cuak (Micheal Chen, Low Ngai Yuen sebagai penerbit)
- CEO (Abdul Razak Abdullah, Matt Yusoff sebagai penerbit)
Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur adalah sebuah kumpulan pengkritik filem yang diasaskan pada November 2011 dan tertubuh secara maya di Kuala Lumpur (merangkumi sekitar Lembah Kelang).
Majlis ini berfungsi sebagai penonton berfikir yang analitikal dalam memilih filem Malaysia (serta beberapa kategori lain) terbaik sepanjang tahun.
Kumpulan ini terdiri daripada sekumpulan pengkritik yang bertugas dalam pelbagai bidang, yang terpilih dalam kalangan editor, pengarang dan blogger yang berdedikasi dalam penulisan dan penganalisian filem, yang mana sekumpulan daripadanya sudah melahirkan beberapa ulasan filem yang kritikal, memenuhi aspirasi, mutu dan kefahaman sebuah pembikinan dan pengkaryaan filem yang unggul dan menyeluruh. Kumpulan ini turut bertindak sebagai badan penilai dan pemilih sekelompok filem yang ditayangkan pada satu-satu masa untuk diberi pengiktirafan yang sepatutnya dalam mencapai kewajaran seni, estetika dan kepakaran yang dipertanggungjawabkan. Filem-filem yang terpilih merupakan kesemua filem yang ditayangkan di "pawagam" Malaysia, termasuk di International Screening GSC.
-- Sumber: Daily Seni
No comments:
Post a Comment