DEMIKIAN luahan vokalis band popular ini mengapa mereka sering menolak melakukan persembahan pembukaan artis luar negara yang mengadakan konsert di Malaysia.
Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27 atau lebih dikenali sebagai Sam Bunkface ditemui selepas sidang media konsert Akustik 2 di Traders Hotel, meluahkan rasa kesal dengan layanan 'berat sebelah' pihak penganjur terhadap artis tempatan seperti mereka.
"Mereka (penganjur) agung-agungkan artis barat dan artis kita dipandang sebelah mata sahaja.
Sepatutnya mereka menghormati dan menyediakan kemudahan sepatutnya kepada artis tempatan sekiranya mahu memanggil kami mengadakan persembahan sesebuah konsert antarabangsa.
"Sudahlah tidak disediakan bilik menunggu, malah kami terpaksa berdiri menunggu di tepi pentas sehingga masa persembahan bermula.
Paling menyedihkan, kami balik tanpa sebarang bayaran kerana tidak sempat membuat persembahan kerana kata mereka masa tidak cukup," jelasnya.
Tegas Sam, menolak tawaran itu bukan bererti dia demand dan hanya memilih melakukan persembahan yang terbaik sahaja.
"Siapa tidak bangga dapat membuat persembahan bersama artis barat, tetapi biarlah berpada-pada.
"Mungkin ada yang anggap saya demand, namun, semua ini untuk kebaikan kumpulan ini dan artis lain.
"Kalau mereka benar-benar mahukan kita biarlah kita dilayan sama rata," katanya yang bakal melancarkan album ketiga, Malam Ini Kita Punya, Oktober depan," jelasnya.
Selain Sam, Bunkface dianggotai oleh Youk (Farouk Jafaar) dan Paan (Ahmad Farhan).
-- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment