Video yang dimuatnaik di laman sosial.
KUALA LUMPUR - Polis akan menyiasat tindakan wanita yang mengamuk dan bertindak ganas terhadap seorang pemandu warga emas seperti yang tersebar dalam laman sosial ketika kemalangan berlaku di Kuantan, Pahang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menyiasat kes itu mengikut undang-undang jalan raya kerana dipercayai wanita terbabit bertindak sebagai pembuli jalan raya.
“Saya sudah melihat rakaman video itu. Garang sungguh perempuan itu, ketuk sana, ketuk sini. Dia tidak boleh bertindak demikian. Kalau berlaku kemalangan, kejadian itu perlu dilaporkan kepada kita, biar kita siasat. Jangan mengambil tindakan sendiri,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya tetap akan mengambil tindakan dan menyiasat wanita itu, walaupun warga emas dalam video itu tidak tampil membuat laporan polis.
“Kita telah melihat kesalahan wanita berkenaan. Kita akan buat laporan terhadapnya kerana rakaman video itu sudah tersebar dan menjadi bukti kejadian,” katanya. - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment