Thursday, 17 July 2014

CeratoKx mula dipasarkan di Malaysia: RM89,888

CeratoKx

SELEPAS pelancaran Kia Optima K5 baharu sekitar Januari lalu diikuti dengan Sportage pada Mac, kini Naza Kia Malaysia memperkenalkan model ketiganya untuk tahun ini iaitu Kia CeratoKx."

Model baharu bagi segmen C itu menyasarkan pelanggan berusia 26 hingga 40 tahun yang menginginkan sebuah kenderaan dengan nilai estetika dan premium bersama ciri keselamatan standard tanpa kompromi.

Secara mekanikalnya Kia CeratoKx masih menggunakan enjin Gamma 1.6 MPI D-CVVT yang menghasilkan kuasa 130 PS dan tork 157 Nm bersama transmisi 6-kelajuan automatik. Perubahan yang dilakukan hanyalah di bahagian luaran dan dalaman.

Secara luaran, model asas itu tidak jauh berbeza dengan model Cerato biasa. Perbezaan yang dapat dilihat hanyalah pada bahagian bawah bingkai tingkap yang tidak lagi menerima kemasan krom dan lampu belakang LED digantikan dengan unit lampu konvensional.

Pada kabin pula, model Ceratokx didatangkan dengan pendingin hawa satu zon secara manual dan lampu hadapan yang diselaraskan secara manual.

Tentunya sebagai model asas, ciri yang ada pada Cerato 1.6 seperti pedal aluminium, kerusi pelarasan elektrik dengan memori, pedal shifter, stereng kemasan kulit dan pemalap automatik cermin pandang belakang tidak disertakan.

Namun begitu Ceratokx masih menerima ciri keyless entry, butang push start, lampu hadapan automatik, kawalan pelayaran, pendingin hawa penumpang belakang, ciri Flex Steer pada stereng, sensor parkir depan dan belakang serta paparan kamera undur.

Model terendah itu juga dilengkapi sistem infotainment lapan inci bersama sistem navigasi dan sambungan Bluetooth. 

Bagi mereka yang menempah dan mendaftar model Cerato layak menerima kad petrol bernilai RM1,000. Tawaran itu hanya layak bagi varian CeratoKx di cawangan jualan Kia yang sah.

Harga atas jalan bagi CeratoKx ialah RM89,888 bersama waranti lima tahun tanpa had.

No comments:

Post a Comment