Sunday, 23 March 2014

PDRM: Suasana meriah, bukan kecoh

PDRM: Suasana meriah, bukan kecoh

KAJANG - Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan menafikan berlakunya kekecohan seperti mana yang digambarkan sesetengah pihak, sebaliknya suasana mengundi pada PRK N25 Kajang kali ini dilihat agak meriah.

Beliau menegaskan kekecohan 'palsu' itu hanyalah berpunca daripada kehadiran ramai penyokong parti yang hadir untuk merayu undi calon masing-masing.

"Faktor jalan depan sekolah agak sempit dan ramai pengundi membawa kenderaan dan meletakkannya di tempat yang tidak sepatutnya menyebabkan kesesakan.

"Walapun keadaan itu dilihat sebagai agak kecoh tetapi sesungguhnya bukan satu kekecohan, saya lihat ia lebih satu keadaan yang meriah," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sekamat, Batu 10 Cheras, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut insiden provokasi yang timbul di pusat mengundi di sekitar pusat mengundi di Dewan Orang Ramai dan SKJC Sungai Chua, Kajang hari ini.

Suasana tegang antara penyokong BN dan PKR timbul disebabkan kesesakan lalu lintas dan terdapat seorang penyokong membawa alat propaganda 'kangkung' untuk merayu undi.

Menurut Mohd Shukri lagi, pihaknya memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak memanipulasikan keadaan semasa hingga boleh mencetuskan suasana tegang dan huru-hara.

"Saya tidak mahu sebarang apa jua andaian yang dibuat, sebenarnya tahap keselamatan dalam keadaan terkawal dan anggota polis sedia berada di lokasi khususnya dari cawangan trafik.

"Dalam masa sama pasukan lain siap sedia ambil tindakan bagi memastikan proses pengundiannya berjalan lancar," katanya sambil menyeru orang ramai membantu pihak polis bagi melancarkan hari mengundi hari ini.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment