Siti Rozila (dua kiri) menadah kebocoran menggunakan besen berdekatan pokok mangga di dalam rumahnya.
Keadaan pemandangan pokok mangga dari luar rumah Siti Rozila.
BACHOK – Sebuah keluarga dekat sini tidak mempunyai masalah untuk tinggal bersama sepohon pokok mangga yang berusia 15 tahun walaupun ia semakin membesar dari sehari ke sehari.
Penghuninya, Siti Rozila Ramli, 45, berkata, awalnya pokok itu berada di luar rumah mereka, namun apabila rumah mereka dibesarkan beberapa tahun lalu, ia tidak ditebang dan dibiarkan berada di dalam rumah.
“Mungkin kalau dari luar orang tidak perasan sangat kecuali orang setempat di sini sahaja. Kami tidak mahu tebang pokok ini sebab ia sentiasa berbuah tidak kira musim.
“Kami tidak ada masalah untuk membiarkan ia di dalam rumah sebab di sekeliling pokok ini sudah disimen dan dahannya dilapisi dengan zink untuk mengalirkan air hujan dari atas ke bawah. Kalau ada bocor pun sikit sangat,” katanya yang mengusahakan perniagaan peralatan untuk pertukangan dan pembinaan dekat sini.
Siti Rozila berkata, pokok mangga yang lebih dikenali sebagai Pauh Siku itu ditanam oleh ahli keluarganya terdahulu dan dalam masa yang sama ia berfungsi menyejukkan ruangan dalam rumah mereka.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment