Friday, 28 February 2014

Lana Nodin teruja tunai umrah kali pertama

Lana Nordin
Lana Nordin

SELEPAS dua tahun melakukan perancangan mengerjakan umrah, niat tersebut dimakbulkan buat pelakon Lana Nodin apabila menjejakkan kaki ke Tanah Suci hari ini.

Lana telah berkongsi rasa terujanya dan sudi berkongsi persiapan yang dilakukan sebelum berangkat.

"Alhamdulillah, segala perancangan saya mengerjakan umrah pada tahun ini telah dipermudahkan. Saya tidak mengalami sebarang masalah ketika memohon visa mahupun ketika menyelesaikan perkara-perkara berkaitan.

"Saya akan ke sana selama dua minggu ditemani adik lelaki saya serta pelakon Lisdawati. Doakan saya dan rombongan selamat pergi dan balik," ujar Lana dipetik Media Hiburan Online.

Mengambil keberkatan tatkala menjadi tetamu ALLAH, Lana turut berkongsi doa yang ingin dipanjatkan ketika berada di sana;

"Tiada apa yang saya minta kecuali dikurniakan kesihatan yang baik untuk saya dan ahli keluarga. Selain itu, saya juga memohon bertemu jodoh dan dimurahkan rezeki.

“Semoga doa saya ini akan diredai ALLAH SWT," tambah Lana yang kini sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki selepas putus cinta, baru-baru ini.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment