BANGKOK: Sekurang-kurangnya 15 orang termasuk 13 kanak-kanak terbunuh apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di timur Thailand, hari ini.
Menurut pihak berkuasa, lebih 30 orang pula dilaporkan cedera dalam kemalangan awal pagi di Prachinburi itu yang melibatkan sebuah bas dua tingkat dan trak 18 tayar.
Para pelajar terbabit yang berusia antara 10 hingga 14 tahun dilaporkan sedang dalam perjalanan ke sebuah resort di Pattaya dari arah wilayah timur laut Nakhon Ratchasima.
“13 pelajar dan dua guru maut di mana 11 daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian, sementara lebih 30 yang cedera dikejarkan ke tiga hospital berhampiran,” ujar Leftenan Kolonel Polis, Anukarn Thamvijarn melalui telefon.
"Pemandu bas malang itu mungkin terlelap atau mungkin bas terbabit mempunyai masalah brek,” tambahnya.
Standard keselamatan secara umumnya rendah di Thailand dan kemalangan maut adalah satu perkara biasa.
Satu laporan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia baru-baru ini berkata, Thailand menyaksikan 38.1 kematian jalan raya bagi setiap 100,000 orang, berbanding purata 18.5 di Asia Tenggara secara keseluruhan. - AFP
No comments:
Post a Comment