Thursday, 13 February 2014

Bomba terima 300 kes kebakaran sehari di seluruh negara


KUALA LUMPUR: Cuaca panas berterusan yang melanda seluruh negara sejak bulan lalu mulai memberi kesan kepada persekitaraan dan mencetus ratusan kebakaran belukar di seluruh negara yang dilaporkan meningkat tiga kali ganda sejak hujung Januari lalu hingga kini.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, pihaknya menerima lebih 300 laporan kebakaran sehari dalam tempoh berkenaan.

Angka itu menunjukan peningkatan berbanding 100 kes sehari yang diterima di seluruh negara sebelum ini.

Jelasnya peningkatan kes itu disebabkan aktiviti manusia, ditambah keadaan cuaca kering yang memudahkan tercetusnya kebakaran.

“Cuaca kering itu ialah punca semula jadi tapi yang memulakan kebakaran itu aktiviti manusia seperti membersihkan kebun, buang puntung rokok, dan membakar sampah sarap. Aktiviti seperti ini menyebabkan aktiviti api merebak," ujarnya.

Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001, mereka yang melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, kompaun maksimum RM2,000 juga boleh dikenakan terhadap setiap kesalahan.

Berikutan peningkatan kes kebakaran terbabit, Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, pihaknya memanjangkan waktu bertugas semua anggotanya sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.


Astro Awani

No comments:

Post a Comment