STOCKHOLM: Tempoh tahanan reman untuk Shalwati Nurshal di Sweden dilanjutkan selama 11 hari lagi sama seperti suaminya, Azizul Raheem Awaluddin.
Pasangan suami isteri itu telah ditahan sejak 18 Disember 2013 atas tuduhan memukul anak lelakinya kerana tidak menunaikan solat.
Sebelum itu, pendakwaraya Anna Arnell meminta mahkamah melanjutkan tempoh tahanan kerana bimbang pasangan berkenaan akan melarikan diri ke Malaysia dan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Perbicaraan seterusnya ke atas pasangan tersebut akan diadakan pada 10 Februari nanti.
Shalwati menyaksikan prosiding mahkamah melalui video sementara peguamnya Kristofer Stahre berada di mahkamah.
Sementara itu, empat anak pasangan tersebut telah berlepas pulang ke Malaysia pagi Jumaat.
Aishah Azizul Raheem, 14 dan adik-adiknya Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, berlepas pulang pada 6.30 pagi waktu tempatan (1.30 tengah hari waktu Malaysia) diiringi Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.
Sweden mempunyai undang-undang yang melarang ibu-bapa memukul, mencederakan atau memalukan anak-anak.
Kanak-kanak dilarang dihukum secara fizikal, baik ringan mahupun berat dan undang-undang berkenaan dikuatkuasa sejak 1979. - Astro Awani
No comments:
Post a Comment