Monday, 2 December 2013

Penjenayah samun ditembak mati di ibu negara

Penjenayah samun ditembak mati di ibu negara

Seorang penjenayah mati ditembak dan seorang lagi cedera parah manakala seorang lagi yang membawa hasil samun berjaya meloloskan diri sebaik menyamun sebuah keluarga di Persiaran Syed Putra di ibu negara pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku jam 4.30 pagi sebaik kehadiran tiga suspek  memasuki rumah teres tiga tingkat terbabit disedari oleh seorang anak lelaki mangsa yang menyembunyikan diri dalam bilik di tingkat satu kediaman itu.

Anak mangsa kemudiannya bertindak menghubungi Balai Gerakan Polis Brickfields.

Pasukan polis pemantau yang kebetulan melalui tempat kejadian terus menyelinap masuk tanpa disedari kumpulan penjenayah.

Menurut timbalan ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa, seorang anggotanya t berjaya menyelinap masuk untuk membuat pemerhatian.

“Semasa sedang membuat pemerhatian bersembunyi itu dia telah melihat salah seorang suspek telah membawa keluar seorang daripada mangsa dengan mengacukan senjata di bahagian kepala terhadap mangsa itu, memaksa mangsa itu untuk keluar membuka pintu pagar automatik di rumah itu,” katanya.

“Sebaik mangsa membuka pintu pagar, mangsa telah dibawa suspek ini masuk balik ke dalam rumah. Mangsa kemudiannya dilepaskan apabila pintu pagar itu dibuka," kata Khairy lagi. Susulan itu satu insiden tembak-menembak berlaku.

Dua dari penjenayah rebah di tepi sebuah kereta BMW dipercayai kenderaan milik suspek.

Manakala seorang lagi berjaya meloloskan dirj dengan hasil samun.

Polis masih menyiasat kenderaan milik suspek samada ianya pernah dilaporkan curi.

Semakan mendapati suspek yang mati mempunyai tujuh rekod jenayah lampau manakala yang cedera masih belum dikenalpasti lagi identitinya.

Gerakan memburu suspek kini sedang giat dijalankan.


ASTRO Awani

No comments:

Post a Comment