Monday, 2 December 2013

Guna nama Saiful Apek buat filem?

Saiful Apek
Saiful Apek


PELAKON dan pelawak terkenal, Saiful Apek mendakwa ada pihak yang menggunakan namanya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbitan sejak 2010.

Perkara itu dimaklumkan melalui laman mikro Twitter miliknya, hari ini.

Penjelasan ringkas Saiful Apek boleh dilihat dalam interaksinya bersama pengacara terkenal, Datuk AC Mizal.

“...ada syarikat yang pakai nama SAIFULAPEK SDN BHD sejak 2010 tanpa pengetahuan atau persetujuan dan sekarang sudah bertukar nama ke A N A PRODUCTION SDN BHD (896191-X).

“Akan ‘shoot’ filem JB Pailang bulan Disember sekitar Johor. Baru-baru ini mereka caj RM420 seorang yang kononnya tanpa paksaan untuk yang datang uji bakat dan kelas untuk ‘talents’,” katanya.

Saiful Apek juga meminta agar perkara itu disebarkan berhubung kemungkinan ramai yang terlibat termasuk warga Singapura.

Di laman sosial Facebook pula, tertera beberapa interaksi antara Saiful dan pihak syarikat produksi itu.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment