JOHOR BAHRU: Keadaan pemain dram kumpulan rock popular Search, Yazid Ahmad dilapor mula sedarkan diri selepas di masukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pada Isnin pagi.
Menurut anak Yazid, Shafiqa Nurlis, ayahnya tiba-tiba mengadu sesak nafas ketika berada di Johor Bahru untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara beliau dan pada awalnya menyangka ayahnya hanya mengalami semput biasa.
Namun kata doktor yang merawat memberitahu ayahnya berada didalam keadaan kritikal sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan di HSA pada jam lima pagi hari berkenaan.
"Semalam ayah ada memberitahu bahawa dia mula rasa simptom-simptom seperti tidak boleh berjalan. Paru-parunya berair dan kemudian sukar bernafas sehinggakan tidak boleh tidur. Selain itu, doktor terpaksa menambah oksigen ke dalam badannya,” kata Shafiqa.
Tambah Shafiqa, ayahnya kini mula sedarkan diri namun masih berada dalam keadaan lemah dan masih berada di ICU.
“Buat masa sekarang, Alhamdulilahlah ayah saya sudah mula bergerak sedikit dan semasa bangun tidur tadi pun dia kenal kami semua yagn berada di hospital,” tambahnya.
Beliau berkata demikian semasa ditemui di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Yazid sebelum ini pernah dimasukan ke Wad Urologi dan Nefrologi di Hospital Kuala Lumpur akibat sakit buah pinggang.
Menurut Shafiqa, Nasir anggota kumpulan Search dan Bandi Amok antara rakan artis yang telah melawat ayahnya di hospital berkenaan.
Manakala Amy Search telah berhubung melalui telefon bertanya mengenai perkembangan kesihatan ayahnya.
Astro Awani
No comments:
Post a Comment