Dewan SK Sungai Puteri dipenuhi oleh mangsa banjir yang dipindahkan ke sini sejak pagi tadi. Selain dewan ini, beberapa kelas juga sudah dibuka bagi menampung mangsa yang makin bertambah dan pendaftaran mangsa masih berterusan.
ROMPIN - Jumlah mangsa banjir di Rompin terus mencatatkan peningkatan iaitu jumlah terkini setakat jam 11 pagi tadi seramai 3965 orang telah dipindahkan ke 10 pusat penempatan sementara berbanding 3595 orang yang dicatatkan pada jam 6 petang semalam.
Jumlah pusat pemindahan juga mencatatkan satu penambahan apabila sebuah pusat pemindahan iaitu di Balai Raya Kampung Rekoh, Keratong, telah dibuka yang menempatkan seramai 134 orang mangsa berbanding sembilan pusat pemindahan sebelum ini.
Menurut Pegawai Daerah Rompin, Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha, jumlah mangsa dijangka akan bertambah kerana pendaftaran mangsa masih aktif.
"Keadaan banjir di sekitar Kuala Rompin masih lagi dalam keadaan sama.
"Bekalan makanan dan keperluan asas lain setakat ini masih lagi mencukupi serta keadaan juga masih terkawal," katanya yang dihubungi Sinar Harian.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment