Wednesday, 4 December 2013

Candi Lembah Bujang yang diroboh bukan seperti Borobudur dan Angkor Wat


 

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata tomahan pembangkang bahawa keseluruhan Candi di Lembah Bujang telah dimusnahkan adalah tidak benar.

Beliau berkata Candi Lembah Bujang yang giat diperkatakan itu sebenarnya adalah runtuhan atau bekas tapak tinggalan sejarah itu sahaja dan bukannya struktur binaan yg masih berdiri seperti Borobudur dan Angkor Wat di Indonesia.

“Setakat ini, ada 17 Candi di Lembah Bujang yang didaftar. Candi nombor 11 yang musnah adalah satu darinya. Bukan seluruh Lembah Bujang yang musnah.

“Candi nombor 11 itu sebenarnya hanya tapak lantai yang telah dibina semula pada tahun 1974 dengan bahan asal seperti batu sungai, laterit dan bata,” kata Mukhriz dalam laman Twitternya hari ini.

 

@wnfaizah Govt did not destroy candi 11. Private sector did. Govt has been doing preservation & excavation work around Lembah Bujang

— Mukhriz Mahathir (@MukhrizMahathir) December 4, 2013
 
 
 
Mukhriz turut menkritik kerajaan Pulau Pinang tentang usaha mereka untuk memelihara Guar Kepah, sebuah gua batu kapur di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Apa yang kerajaan Pulau Pinang buat untuk memelihara tapak pra-sejarah 5000 tahun di Guar Kepah? Tanam nangka dan bina sarang walit?” tanyanya.

Semalam, dalam satu kenyataan, Mukhriz berkata kerajaan negeri kesal dan sedih dengan kejadian perobohan itu.

Beliau berkata walaupun tapak yang wujud sejak kurun ke-8 itu telah dibangunkan semula pada 1974 di tapak asal, namun ia dianggap tapak warisan dan harus dipelihara.

Sebelum ini syarikat empunya tanah telah mendapat kelulusan untuk memajukannya pada tahun 1993 lagi tetapi tidak memulakan kerja-kerja pembersihan tanah hingga Ogos 2013.

Meskipun kerajaan negeri telah mengarahkan syarikat pemaju menghentikan kerja-kerja pembersihan tersebut struktur Candi 11 yang dibina semula itu telah pun musnah sejak Ogos lagi.

Katanya, candi yang sama boleh dibina semula diatas tapak asal dengan persetujuan syarikat atau ditapak lain seperti berhampiran dengan tapak ekskavasi Universiti Sains Malaysia (USM) di Sungai Batu.

Untuk tujuan itu, pelan candi 11 akan dirujuk untuk memastikan rekabentuk dan bahan yang sama seperti di tapak asal akan turut digunakan.

Tinggalan sejarah Lembah Bujang di Sungai Petani juga akan diwartakan dalam usaha memulihara tapak warisan negara tersebut.
 
 
Astro Awani

No comments:

Post a Comment