MIRI: Seorang wanita bersama seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya dilaporkan telah menanam seorang bayi hidup-hidup dalam lubang tepi pagar ladang sawit dekat Suai, Niah, petang kelmarin.
Menurut laporan Berita Harian, tangisan dan rontaan bayi malang yang masih bertali pusat dalam plastik sampah itu tidak dihiraukan oleh wanita terbabit yang disyaki ibu mangsa.
Perbuatan kejam itu dilakukan pasangan berusia 20-an terbabit sekitar jam 4 petang dan disedari pengawal ladang yang terserempak dengan mereka dalam keadaan mencurigakan serta terdengar tangisan bayi dalam plastik hitam yang mereka bawa.
Pengawal yang curiga dengan kelakuan pasangan terbabit kemudian mengintai dari jauh dan mendapat pasangan itu menggali tanah berhampiran pondok pengawal keselamatan di situ sebelum menanam objek yang dikeluarkan dari beg plastik dibawa mereka.
Mereka kemudian meninggalkan kawasan tersebut apabila tangisan bayi tidak lagi kedengaran.
Sebaik sahaja pengawal keselamatan berkenaan bergegas melakukan pemeriksaan, dengan mengorek kesan tanah baru digali, sehingga ternampak kaki kanan bayi terbabit.
Dia kemudian segera memaklumkan kejadian itu kepada pengurus ladang yang kemudian menghubungi polis.
Sepasukan anggota Balai Polis Pusat Miri kemudiannya bergegas ke lokasi.
Setelah tanah dikorek sepenuhnya, polis menemui mayat bayi lelaki cukup sifat dan masih bertali pusat, dibungkus dengan kain lampin serta selimut mempunyai tanda untuk kegunaan hospital, yang dipercayai baru dilahirkan.
Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan maklumat dari Klinik Kesihatan Batu Niah dan Hospital Miri untuk mengenal pasti latar belakang individu yang melahirkan bayi sejak beberapa hari lalu.

ASTRO Awani
No comments:
Post a Comment