Thursday, 28 November 2013

Aishah sebenarnya bukan mangsa culik

Muka depan Sinar Harian edisi Selangor hari ini.

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan Siti Aishah Abdul Wahab, 69. yang didakwa dikurung dan dijadikan hamba selama 30 tahun di London bukan mangsa culik.

Dia sebaliknya antara individu dikehendaki polis pada 1970-an kerana dipercayai aktif dalam gerakan berhaluan kiri, termasuk komunis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis pernah memantau pergerakan Siti Aishah kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan kumpulan pelampau komunis dan dikesan bergerak dalam kalangan aktivis pelajar berhaluan kiri.

"Siti Aishah lari ke London di mana kita terus mengawasi pergerakannya. Oleh kerana United Kingdom mengamalkan kebebasan bersuara, dia bergerak di kalangan aktivis pelajar di sana," katanya.

Ketika ditanya wartawan adakah wanita itu berstatus warga negara Malaysia atau tidak, Khalid berkata perkara berkenaan belum dapat dipastikan.

“Saya mengesahkan wanita itu adalah Siti Aishah, namun saya tidak dapat sahkan sama ada dia masih lagi berstatus warga negara Malaysia atau tidak selepas tidak pulang ke negara ini sejak lebih 30 tahun.

"Apa yang kita tahu, dia lari ke London di mana kita terus mengawasi pergerakannya.

“Kita tidak perlu menangkap Siti Aishah apabila dia pulang ke sini kerana kes itu telah lama berlaku dan ia tidak perlu dijadikan isu sekarang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara kepada pegawai dan anggota Cawangan Khas di Pusat Latihan Polis, di sini, semalam.

Kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum, berlepas ke London malam kelmarin bersama aktivis pelajar 1970- an, Hishamuddin Rais dalam usaha membawa pulang adiknya itu.

Siti Aishah dikatakan sebelum ini sebagai seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 21 November lalu di selatan London selepas seorang daripada mereka menghubungi sebuah pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berusia
57 tahun dan warga Britian, berusia 30 tahun.

Kakitangan pertubuhan itu membawa polis ke rumah berkenaan dan tiga wanita tersebut kemudian diselamatkan.

Siti Aishah belajar di sekolah paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwel untuk belajar dalam bidang juru ukur bahan di London.

Dia berhijrah ke Britain pada 1968 bersama tunangnya dan berhasrat mencapai cita-citanya, namun terlibat dengan kegiatan politik melampau, termasuk menganggotai pertubuhan mahasiswa kiri yang menggelar diri mereka New Malayan Youth.

Kes itu dirahsiakan sehingga penangkapan dua suspek yang disifatkan polis sebagai bukan warga Britain kerana disyaki terbabit dalam kegiatan buruh paksa dan perhambaan di rumah.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment