Selebriti seluruh dunia bertungkus lumus mencari dana untuk bantu mangsa Taufan Haiyan baru-baru ini. Kim Kardashian pun tidak melepaskan peluang, dengan menjual pakaian dan aksesori beliau di eBay baru-baru ini.
Baik sungguh hati teman wanita Kanye West ini. Jadi mengapa kami kata beliau kedekut?
Rupa-rupanya, Kim tidak menyumbangkan seluruh keuntungan yang diperolehi hasil jualan pakaian dan aksesori beliau itu. Malah menurut eBay, Kim hanya menyumbangkan sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang beliau peroleh!
Apabila ditanya mana lagi 90 peratus daripada hasil jualan tersebut, pihak Kim Kardashian enggan memberi sebarang komen.
Tidak mengapa,janji ikhlas nak tolong mangsa taufan.
No comments:
Post a Comment