TACLOBAN: Pasca taufan Haiyan di Filipina Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan kempen rayuan untuk membantu mangsa taufan Haiyan.
Menurut PBB AS$300 juta diperlukan bagi usaha membantu dan menyelamat ratusan ribu mangsa terjejas.
Sekurang-kurangnya 10,000 orang terbunuh dalam bencana taufan haiyan yang membadai Filipina pada Jumaat lepas manakala 11 juta terjejas kerana taufan itu.
Lebih setengah juta penduduk kehilangan tempat tinggal angkara Haiyan dan beberapa negara sudah mula menghantar bantuan mereka ke Filipina.
Bagaimanapun cuaca buruk mengganggu usaha mengagihkan bantuan terutamanya di kawasan pedalaman dan terpencil.
PBB berkata, apa yang sangat diperlukan mangsa ialah makanan, bekalan air dan tempat perlindungan.
Pada masa ini helikopter turut diperlukan bagi membantu menilai tahap kerosakan disebabkan taufan Haiyan.
Setiausaha Agung PBB Ban Ki-Moon menyifatkan situasi di kawasan terjejas kerana Haiyan sangat mendukacitakan.
Sementara itu, usaha-usaha diteruskan bagi memindahkan mangsa taufan terutamanya di bandar Tacloban yang paling teruk terjejas.
Bandar itu yang terletak di timur Filipina kini ibarat padang jarak padang terkukur dimana ia dipenuhi sampah sarap yang dibawa arus deras banjir semasa taufan Haiyan melanda.
Pihak berkuasa setakat ini sudah memindahkan 800,000 penduduk yang terjejas kerana taufan berkenaan.
ASTRO Awani

No comments:
Post a Comment