KUALA LUMPUR: Sekurang-kuranngnya lima sungai didapati paling teruk tercemar di malaysia.
Antaranya, Sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang, Sungai Klang dan Sungai Penchala di Kuala Lumpur dan Sungai Segget di Johor Bahru.
Kegiatan pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut merupakan punca utama pencemaran air berlaku di Malaysia.
Selain itu, aktiviti kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air.
Ia berlaku apabila sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai.
Dalam pada itu, beberapa negara maju juga membuang sisa radioaktif dengan memasukkan sisa ke dalam tong sebelum membuangnya ke dalam laut.
Tindakan tersebut secara tidak langsung merosakkan hidupan laut dan sesetengah pulau pula dilaporkan tidak mempunyai sistem pelupusan sampah, sekaligus mewujudkan istilah pulau sampah secara terancang atau tidak terancang.
Dari sisi Perunding Alam Sekitar, Malaysian Water Partnership, MyWP, Amlir Ayat, Masalah pencemaran ini boleh diatasi dengan usaha yang berterusan, selain menerapkan ilmu kesedaran sivik terhadap anak-anak di peringkat seawal pra-sekolah.
“Saya rasa satu perkara yang perlu diingat ialah, ia perlu dilakukan dari peringkat sekolah rendah atau sejak tadika lagi”, ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau percaya Malaysia juga boleh lakukan perkara sedemikian tetapi perlu dilaksanakan secara berterusan.
- ASTRO Awani

No comments:
Post a Comment