Wednesday, 9 October 2013

CIKGU, KENAPA SAYA CANTIK?


Jessica Michibata


Jessica Michibata, awek menawan pemandu F1, Jenson Button, mendakwa dia susah menangani perhatian yang diterimanya semasa membesar.

Meskipun mempunyai paras rupa dan badan yang dicemburui kebanyakkan wanita lain, model ternama itu mengaku ianya tidak mudah untuk dilahirkan sebagai "lebih istimewa".

Dalam satu temubual bersama terbitan surat khabar London Evening Standard, Jessica mendedahkan, "Saya hanya ingin seperti rakan-rakan saya yang lain. Saya tidak ingin menjadi lebih istimewa daripada orang lain."

Minah kacukan Argentina dan Jepun itu turut berkata, "Saya pernah bertanya kepada cikgu saya tentang kenapa saya sering kali mendapat lebih perhatian walaupun mempunyai dua mata dan satu hidung seperti orang lain."

Dan walaupun ia tidak dapat dinafikan bahawa Jenson Button amat bertuah untuk bersamanya, Jessica juga sedar yang pemandu pasukan McLaren itu turut diidami ramai wanita lain.

"Saya langsung tidak cemburu apabila mereka bersembang dengan Jenson. Saya tahu ramai wanita meminatinya kerana dia merupakan seorang pemandu Formula Satu yang handal, dan bukan kerana mereka mencintai personalitinya."


Sumber

No comments:

Post a Comment