Penunjuk perasaan itu berjumpul di Times Square bagi membantah tindakan campur tangan Amerika ke atas Syria.
Turut menyertai tunjuk perasaan itu adalah warga Amerika sendiri yang menolak tindakan ketenteraan itu.
White House percaya presiden Bashar adalah dalang dalam serangan senjata kimia di pinggir bandar raya Damsyik pada minggu lalu yang telah mengorbankan lebih 1400 nyawa.
Sementara itu, setiausaha negara Amerika Syarikat John Kerry mendakwa negara itu kini memiliki bukti penggunaan gas sarin di Syria.
Ia sekaligus menguatkan lagi alasan Amerika Syarikat untuk meneruskan hasrat melancarkan operasi tentera ke atas negara bergolak itu.
Dalam temubual bersama US Sunday News mendakwa bukti terbabit diperoleh menerusi kajian terhadap sampel rambut dan darah yang dihantar responder pertama di Damsyik kepada Washington.
Kenyataan Kerry itu hadir sehari selepas presiden Barack Obama bertegas mahu operasi kontroversi itu diteruskan.
Kerry dalam masa yang sama yakin kongres akan menyokong langkah Obama menyerang Syria meskipun secara dasarnya kuasa yang ada pada presiden sahaja sudah memadai bagi operasi itu digerakkan.
Mengulangi kenyataan Obama, Kerry mendesak dunia bersama negara Uncle Sam itu memerangi rejim Bashar Assad yang didakwa menzalimi rakyat menggunakan senjata kimia.
- Astro Awani
- Astro Awani
No comments:
Post a Comment