KUALA LUMPUR: Pemilik kedai emas terkenal di Lebuh Ampang Abdul Rasull Abdul Razak cedera akibat ditembak dalam satu cubaan merompak pagi ini.
Perkara ini disahkan kepada Astro Awani oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad.
Pemilik Abdul Razak Jewellers itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur akibat cedera terkena tembakan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairy Ahrasa, kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi ketika empat pekerja premis terbabit sedang menyusun barang kemas yang terdapat di kedai itu.
“Premis itu kemudiannya didatangi oleh empat lelaki dimana dua darinya telah masuk ke dalam kedai itu manakala dua lagi berjaga di luar kedai. Salah seorang lelaki yang masuk ke dalam kedai itu kemudiannya bertindak melompat ke ruang pekerja manakala seorang lagi berdiri di ruang pelanggan,” kata Zainuddin.
Pengurus kedai emas berumur 58 tahun itu telah melihat kejadian lalu cuba menerpa untuk menangkap salah seorang suspek yang berada di ruang pekerja itu.
“Namun, tindakannya itu disedari oleh dua lagi suspek yang berada di luar kedai yang kemudiannya melepaskan tembakan dan mengena bahu serta perut pengurus kedai itu,” katanya lagi.
Perompak-perompak itu kemudian bertindak melarikan diri tanpa sempat melarikan barang kemas dari kedai itu.
“Siasatan awal polis mendapati suspek-suspek tersebut berpakaian jaket hitam dan memakai topi keledar dan kita percaya salah seorang dari suspek memiliki pistol. Kita menemui tiga kelongsong peluru dan satu serpihan ‘kelosong peluru’ yang digunakan,” beliau berkata.
Usaha untuk mengesan suspek melalui CCTV di sekitar premis tersebut masih lagi dijalankan dan saksi yang melihat kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.
Kes kini disiasat dibawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
- Astro Awani

No comments:
Post a Comment