Tuesday, 3 September 2013

Pak Samad: "Kalau dilayan sebagai insan, saya akan pertimbang"

Pak Samad:

KUALA LUMPUR:  Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menegaskan beliau hanya akan memberi kerjasama kepada polis berhubung siasatan pengibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 jika dilayan secara bermaruah.

"Tidak. Kalau dilayan sebagai insan, saya akan pertimbang," kata Samad menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Astro AWANI ketika ditanya samada beliau akan menyerah diri kepada polis atau tidak.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta Samadmenyerah diri bagi membantu siasatan berhubung tindakan individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya berhampiran Dataran Merdeka pada Jumaat malam lalu.

Dalam satu sidang media, Khalid berkata, jika Samad berani mencabar undang-undang, maka beliau juga perlu berani ke depan untuk berhadapan dengan tindakan polis.

Khalid juga mendakwa Sasterawan Negara yang lebih dikenali sebagai Pak Samad “menyorok” ketika polis menjalankan operasi mengesan sasterawan itu pada malam tadi namun Pak Samad menafikan dakwaan tesebut.

“Ada laporan dalam Malaysiakini mengatakan Ketua Polis Negara sebagai berkata saya lari dari polis dan ini tidak benar kerana saya tidak pernah lari malahan semalam saya berada di jalanan, menaiki LRT dan kemudiannya berada di rumah,” kata Samad.

Menurutnya, tiada arahan rasmi dari polis malah tiada juga panggilan atau perjumpaan dari pihak berkenaan.

Semalam, dua aktivis, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halimditahan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka sebelum dibebaskan awal pagi ini.

Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur semalam untuk disoal siasat mengikut akta itu.

Mereka kemudiannya dibebaskan awal pagi tadi dengan seorang penjamin dan sedang menunggu siasatan sama ada akan dibawa ke mahkamah atau tidak.


- Astro Awani

No comments:

Post a Comment