Friday, 20 September 2013

Rozita Che Wan: Mereka semua dengki!

Rozita Che Wan
Rozita Che Wan

MUNGKIN rata-rata masyarakat dan peminat sudah tidak sabar menyaksikan detik bahagia pasangan selebriti, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, diijabkabulkan.

Memilih Disember tahun ini sebagai tarikh untuk disatukan, baik Zain mahupun Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 40, masing-masing inginkan persiapan yang terbaik untuk majlis itu.

Pun begitu, sebagai selebriti terkenal, mereka tidak terlepas daripada sebarang dugaan mahupun kata-kata orang yang tidak merestui hubungan mereka.

Malah sebelum ini, Zain, 29, pernah didatangi individu yang terang-terangan membuka aib Che Ta dan menceritakan keburukan aktres itu untuk menggagalkan perkahwinan mereka.

Bertanya kepada Che Ta mengenai perkara itu, pelakon Kiah Pekasam ini tidak cepat melatah, malah seakan sudah lali dengan kontroversi yang menimpa dirinya.

"Sebenarnya, mereka semua tu dengki. Saya sendiri tak tahu apa motif dia untuk memburukkan saya kepada Zain.

"Apa yang penting, semua itu tak pernah menjadi 'kudis' buat kami. Malah, saya percaya, kesetiaan dan kepercayaan Zain pada saya tidak pernah berubah.

"Kami dah letih nak layan karenah manusia yang macam ni. Tak boleh lihat orang lain bahagia. Namun, apa nak buat, manusia ni rambut sama hitam, hati lain-lain," katanya.


Hak berfesyen

Bukan sahaja sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, malah Che Ta juga turut dilabel sebagai selebriti yang sering menggayakan pakaian sendat dan seksi.

Tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara itu, Che Ta menganggap ianya sebagai lumrah dunia selebriti yang sentiasa dilihat dari sudut negatif.

"Biarlah apa orang kata pasal saya, saya malas nak komen banyak-banyak. Yang penting saya tahu apa yang saya buat.

"Ini adalah hak masing-masing dalam berfesyen. Saya akui, memang saya sering menggayakan pakaian sendat tapi bersebab.

"Menerusi baju yang saya pakai, saya dapat monitor diri saya sama ada berat saya naik, ideal atau makin kurus. Kalau saya rasa ketat, maknanya saya semakin gemuk dan perlu menurunkan berat badan asal.

"Lebih-lebih lagi, rumah saya tak ada penimbang, jadi dengan cara inilah saya boleh tahu mengenai perubahan bentuk badan saya," katanya yang begitu teliti mengenai penjagaan badan dan kesihatan.

Bertanya mengenai persiapan perkahwinan, akui Che Ta, masing-masing belum berkesempatan untuk meluangkan masa bersama untuk berbincang mengenai perkara ini. "Buat masa ini, memang kami tak sempat nak berbincang lagi. Masing-masing sibuk dengan penggambaran.

"Saya serahkan semua tugas-tugas dan kerja perkahwinan ini kepada pengurus saya. Mungkin kami akan curi-curi masa yang ada untuk duduk berbincang memandangkan masa yang ada tinggal beberapa bulan lagi," katanya yang bakal menunaikan umrah di Makkah bersama Zain selepas berkahwin nanti.

Sumber

No comments:

Post a Comment