Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.
Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 8 Ogos 2013," katanya.
Sementara itu di Indonesia, Kerajaan Republik tersebut menetapkan bahawa 1 Syawal 1434 juga pada esok sekaligus menandakan sambutan Aidilfitri oleh umat Islam di negara itu.
Penetapan tarikh Hari Raya Puasa itu diumumkan oleh Menteri Agama Suryadharma Ali di persidangan isbat (penentuan) di Kementerian Agama Indonesia di sini malam ini.
Pengumuman itu menyusul persidangan isbat yang mendengar hujah dan pandangan 34 pertubuhan Islam dari seluruh Indonesia mengenai tarikh 1 Syawal.
Secara astronomi juga, kata Suryadharma tidak ada sebarang keraguan bahawa anak bulan dapat dilihat dan pada hari ini anak bulan telah dapat dilihat di wilayah Papua Barat, Makassar, Jawa Timur dan Jawa Tengah.
Sejurus selepas pengumuman penetapan tarikh sambutan Aidilfitri itu, umat Islam di seluruh Indonesia, yang merupakan umat Islam teramai di dunia, mula menggemakan takbir raya bagi menyambut kedatangan 1 Syawal.
Umat Islam Singapura turut menyambut Aidifitri esok.
Menteri Komunikasi dan Maklumat Singapura, Dr Yaacob Ibrahim berkata Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kegembiraan bagi semua umat Islam untuk sama-sama memperbaharui hubungan dan bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada mereka.
Beliau yang juga Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Masyarat Islam berkata tahun ini Aidilfitri disambut sempena hari jadi ke-48 republik itu yang rakyatnya perlu mengukuh semangat kekitaan dan berbangga menjadi rakyatnya.

- BERNAMA
No comments:
Post a Comment