Hari Raya Aidil Fitri adalah hari perayaan umat Islam seantero dunia bermula pada 1 hari bulan Syawal setelah berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan. Ia disambut sebulan dan kemeriahan Aidil Fitri ini adalah magika yang sungguh luar biasa.
Sambutannya mengikut bentuk acuan adat dan budaya sesuatu kaum dan komuniti atau lebih besar sesebuah negara. Betapa agama Islam itu indah meresapi setiap urat nadi manusia tanpa mengenal sempadan bangsa dan negara.
Tidak terkecuali di Malaysia, banyak lagu raya menggambarkan suasana meriah hari mulia ini. Sehebat mana pun diasak arus kemodenan, keajaiban Syawal langsung sahaja mengembalikan fitrah manusia untuk kembali ke akar budaya dan agamanya. Sejauh mana pun berada apabila fajar Syawal terbit, fitrah akan terusik menikmati kesyahduannya.
Lagu-lagu raya kita menceritakan tentang keghairahan anak rantau kembali ke desa bertemu orang tua dan berkumpul bersama keluarga, kegembiraan kanak-kanak mengumpul duit raya dan bermain mercun, hidangan makanan tradisi seperti ketupat, lontong, wajik dan dodol yang dinanti-nantikan.
Digambarkan juga betapa sedihnya jika hari raya tanpa ibu bapa dan keluarga, anak rantau yang tidak dapat pulang berhari raya, kehilangan kekasih dan bermacam-macam lagi. Penulis lagu raya telah menggambarkan semua ‘cara’ menyambut ritual ini. Suka mahu pun duka. Ia adalah tradisi amalan turun-temurun.

- Astro Awani
No comments:
Post a Comment