Friday, 16 August 2013

Michelle Obama terbit album hip hop



Wanita pertama Amerika, Michelle Obama merancang untuk menerbitkan album hip hop.

Usaha ini adalah sebahagian daripada kempen untuk menggalakkan cara hidup sihat.

Michelle berkolaborasi dengan 'Partnership for a healthier America' untuk merakamkan lagu berjudul ‘Songs for a healthier America’.

Lagu tersebut sempena program ‘Let's move’ yang diusahakannya.

Bagaimanapun dia tidak menyanyi tetapi hanya membuat kemunculan dalam video muzik.

Antara lagu lain yang dimuatkan termasuk ‘U r what you eat’ dan ‘Veggie luv’.

Barisan penyanyi yang terlibat pula seperti Ashanti, DMC, Jordin Sparks dan Doug E. Fresh.

Turut serta membuat penampilan cameo ialah pemain bola keranjang New York Knicks, Iman Schumpert.
- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment